Sekian lama...
Monday, December 3, 2012, ϟ
سْــــــــــــــمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْـــــمِ
Assalamualaikum...
Hmm, dah lamanyaaa tak update kat blog ni. Haa kau, sekali update bertukar wajah terus. Hihi. Taklah, saje je nak bertukar selera dengan blog ni. Saya guna blogskin je. Al maklumlah, orang tak pandai meng-editlah katakan ;b
Err.....nak update pasal apa eh? Haaa I know! I know! Let's talk about hijrah. Yeay me. Akhirnya dapat tajuk untuk di-update. Syukur Alhamdulillah.
Tahu apa itu hijrah? Hijrah ni ada banyak contohnya. Dari Malaysia berhijrah ke London. Dari tidak pandai menjadi pandai. Dari jahat kepada baik. Macam macam. Tapi...salah satu hijrah yang disarankan dalam Islam is..........
*bunyi drum*
Hijrah daripada yang buruk kepada yang lebih baik.
Haa nak tahu apa dia? Maksudnya, mungkin dulu awak ni seorang yang jahil tentang Islam. Dan mungkin juga awak ni hanya Islam pada i/c tetapi tidak pada pakaian, adab dan akhlak. Dan mungkin, awak ni tahu tentang Islam, tapi alah..buat apa nak islamik sangat. Asal pakai tudung dah lah. Ataupun, awak ni jenis seorang Islam, tetapi asal solat je dah lah. Buat apa nak tutup aurat.
Kalau awak antara golongan golongan diatas atau sewaktu dengannya, saya mohon, carilah kebenaran yang sebenar-benarnya. Cari Islam yang sebetul betulnya Islam. Masih belum terlambat. Tapi ingatlah.....kiamat sudah dekat. Dan, Allah boleh tarik nyawa awak bila bila masa sahaja. Awak tak tahu, saya tak tahu, semua orang tak tahu. Tapi hanya DIA yang tahu. Kan kan?
Cuba awak tengok, dah banyak orang share tanda tanda kiamat kat laman laman sosial. Dah ramai mengajak supaya mencari Islam yang sebenar-benarnya. Dah ramai yang mengajak untuk menutup aurat dengan sebetulnya. Awak mesti ada nampak kan kan kan? Jangan kata tak pernah nampak, nampak beno menipunya~~
Bila awak nampak orang share benda benda tu, tak terasa nak berubah ke? Even saya ni sangat sangat menyesal, sedih bila baca apa yang mereka share. Serious talk.
Awak nak tahu? Bila awak mencari sebenar-benarnya Islam, sangat seronok. Sebab, awak mesti akan dapat ramai kawan kawan baru..ilmu baru. Bukan tu je sebenarnya, awak pon akan rasa tenang, selalu happy. Sebab apa? Sebab awak dah dapat rasakan cinta Allah.
Memang. Memang betul nak berubah tu susah. Saya sendiri mengaku. Tapi....sedikit sedikit lama lama jadi bukit. Betulkan? Berubah secara berperingkat pon takpe. Allah tak kejam. DIA tahu niat awak yang sebenar-benarnya.
"Penghijrahan mengajar erti kesabaran. Di saat ingin marah, teringat di kepala "Sabar, Allah sedang mengujimu" :)"
"Menjadi soleh/solehah bukan mudah. Perlian daripada manusia kena tahan dengan halwa telinga. Kalau tidak, pasti rebah. Kerana itu perlu istiqamah"
Dan, dalam masa awak nak berubah tu....mesti ada orang mengata, taknak kawan dengan awak lagikan? Takpe, anggaplah itu satu ujian Allah untuk awak. DIA nak tengok, sejauh mana awak nak berubah. Yang paling penting, jangan putus berdoa kepada Allah. Mohon pertolongan. Dekatkan diri dengan orang orang yang baik. Pergi ke majlis majlis ilmu.
"Ada org tak suka anda? Relaks sbb kita bukan boleh puaskan hati semua org. Biarlah dia teruskan bercakap, nanti diamlah dia tu."
"Bila nak berubah, ada je yang kritik kita macam-macam. Pedulikan kritikan mereka. Nanti dekat akhirat, bukan dia tolong awak pun."
"People hurt you, Allah will heal you, People judge you, Allah will justify you."
"Ala....baju labuh labuh tu mahal. Mana ada duit nak beli. Tudung labuh lagi"
Itu bukan satu alasan. Awak boleh cuba simpankan duit sekolah. Takpe, simpan sikit sikit. Mesti boleh beli punya. Tak pun, terus terang je dengan ibu bapa awak. Takkanlah ibu bapa awak nak marah kot anak mereka nak berubah ke jalan yang benar? Tak mungkin ;)
Dan, nak ada rumah, kena ada tiang yang sangat sangat kukuh dan kuat bukan? Jadi....peliharalah solatmu. Solat jangan pernah ditinggal-tinggalkan. Solat itu tiang agama. Kalau solat pon rongak, habislah tiang tu melopong-lopong. Betul tak?
Jadi, kalau awak jaga solat awak, InsyaAllah. Iman awak pasti akan menjadi lebih kukuh. Kalau awak jaga solat, mesti awak ada keyakinan untuk berubah kejalan Allah. Lebih yakin untuk menutup aurat dengan sepenuhnya. Believe me.
Dan, jangan lupa. Syaitan akan sentiasa menghasut anak anak Adam. Kerana itu janji mereka. Jadi, rajin rajinkan lah mulut dan hati anda bersenam. Selalu lah beristighfar...
""Dan bertasbihlah kamu kepada-Nya di malam hari dan selepas selesai solat" (Qaaf: 40) - Perintah Allah kepada umatnya iaitu kita semua."
Rajin rajinkan lah juga diri awak untuk baca Al-quran tiap tiap hari. Awak sibuk? Sekurang kurangnya bacalah satu muka surat. Kalau ada masa terluang, lebihkan. Kalau nak lebih menghayati ayat ayat yang awak baca tu, awak bacalah pula maksudnya. Kalau awak rajin baca Al-Quran dan awak faham apa isi isinya, InsyaAllah, hidup awak mesti lebih bahagia.
Itu jelah yang saya mampu share. Saya pun baru berhijrah. Masih belajar belajar. Jangan segan untuk berkongsi. Mohon maaf kalau ada yang tersalah. Minta beritahu saya dimana kesalahan saya. Jangan takut, saya tak marah. Assalamualaikum......
new past